Friday, May 16, 2008

2nd child




On 8 august 2007 aku selamat melahirkan anak lelaki kedua secara normal...so aku ada pengalaman untuk 2 kelahiran yang berbeza.Kali nie hero kedua dinamakan Arif Irfan(Yang bijak pandai) dan dilahirkan 10.34 mlm at columbia hospital asia,seremban seberat 3.45 kg.Mula2 aku sakit kat rumah but then my hubby takde kat rumah,ada tutor class kat UPM so aku call my sister in law minta pendapat samada nak gi hospital atau tak..aku tinggal berdua jer ngan Alif kat rumah.Alif menangis bila aku kata aku sakit.Sayangnya alif kat Mama.Then bila contraction makin kuat my bestfriend datang nak hantarkan ke hospital tapi aku berkeras nak tunggu hubby aku balik gak.Then Alif kenalah stay kat nursery malam tu...kesian alif.Lepas bersalin jer my mother in law tiba dari segamat so my hubby balik pick up Alif dlm pukul 12mlm.Kesian Alif.Nie malam pertama aku tido tanpa Alif...sedihnya tapi takpe,mama ada baby baru untuk alif.Esok alif bangun awal boleh jumpa adik.....




Melalui pengalaman 2 kelahiran aku rasa sakit yang berbeza.Kalau caesarean,sakit masa bersalin langsung takde tapi lepas 4 jam sakitnya mula terasa.Selagi tak boleh nak berdiri dan kencing sendiri selagi tulah tak boleh discharge from hospital.Kalau normal sakit masa contraction dan masa delivery sahaja.Then badan pun sakit2 biasa bila dah diurut semuanya hilang...so the conclusion for the new mother to be, if no complication during pregnancy please do give birth as normal,kenikmatan seorang ibu yang tak terhingga dan sakit yang sedikit...




No comments: