Tuesday, May 27, 2008

Adik dah berdiri

Pagi tadi Arif Irfan dah boleh berdiri sendiri.Seronoknye...dia berdiri tanpa berpegang pada sesiapapun.Patutlah dia selesema 2-3 hari nie rupanya nak dapat sesuatu yang baru.Dah besar dah anak mama nie.Malam tadi tengah tido pun dia bangun bila abang dia bukak lagu aspalela.Siap berjoget2 lagi,sudahnya pukul 2 pagi baru dua2 hero aku tido.Aspalela punya pasal...

Monday, May 26, 2008

Duyung

Pernah tengok movie Duyung lakonan Apek,Maya Karin...bagi aku cerita dia best.Gambar2 dia very beautiful dan kalau tengok cerita tu mesti kita akan mengkagumi ciptaan Allah yang maha esa.Alangkah cantiknya bumi ini,laut yang biru kehijauan,karang2 dilaut dan mesej yang disampaikan " Jaga kebersihan bumi kita".Simple komedi dan pelakon yang pandai berlakon. Salah satu filem Malaysia yang buat aku rasa nak menonton...

The best thing lagu Aspalela,sebab anak aku cukup suka lagu tu walaupun dia tak faham sangat liriknya...

Saiful Apek - Aspalela

Ingat tak lagi janji kita dulu aspalela
Kau dan aku akan bersama sampai ke hari tua
Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh aspalela jangan buat ku kecewa
Sampai hati kau pergi kepadanya

Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela
Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga

Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya
Adakah lagi harapan untuk kita bersama
Oh aspalela apa syarat pun ku terima
Sampai hati kau pergi kepadanya

Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela
Oh lela lela lela lela

Oh oh oh oh lela lela lela
Oh oh lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela
Adakah lagi peluang kita untuk bersama

Oh aspalela jangan tinggalkan ku sayang
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkataPatah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela
Lela lela… lela lela lelaLela lela… lela lela lelaLela lela… lela lela lelaLela lela… aspalela


*******Reminder untuk penggemar House,the 4th season premiere series will start this 2 June at AXN.Kita nantikan bersama...premiere new season of csi is 10 June.

TV program

Hero-hero aku yang 2 orang nie mempunyai personaliti yang berbeza,rupa pun berbeza...orang kata si abang anak mama,adik anak abah..ntahlah.Aku rasa dua2 anak aku dan husband aku.Adik berbadan tegap dan besar mcm abah dia,abang pulak macam aku.Tapi abang kalau nak ajak lawan wrestling boleh sangat.Abah dia pun dia boleh wrestling.Dia dah lama mintak aku belikan sarung tangan wrestling dia cuma aku malas nak ajar sangat,kalau tengok wrestling atau contender dia mesti nak ikut aksi peninju2 tersebut.Aku harap janganlah nanti dia bercita2 nak jadi pemain tinju...adik pulak selalu cari pasal dengan abang dia.Nasib baik abang dia tu tak melawan,dia tahu adik dia kecik lagi.Kalau bangun tido jer mesti dia kacau abang dia jadi dua2 bangun waktu yang sama.

Si abang dia suka sekolah,dan tak sabar nak pergi sekolah rendah sebab nak naik bas sekolah.Sekarang ni budak2 kat Malaysia nie suka tengok Astroceria cerita Geng Bas Sekolah.Anak aku cukup suka cerita nie..aku bagi dia tengok cerita nie sebab ada mesej untuk semua,terutamanya kanak2.Kalau cerita lain aku tak galakkan sangat sebab suka berlawan2 kelebihan masing2.Bab makan pulak cukup cerewet...dia tak nak makan kalau dalam nasi dia ada bawang,ikan bilis yang kita tumbuk atau blender,dia takkan makan kalau dia tengok nasi dia lain jer.Nasib minyak kenduri kahwin yang berwarna warni tu pun dia tak nak makan,dia kata ada cili.Susah nak bawak pergi majlis anak aku yang sulung nie.

Si adik pulak sekarang nie tengah nak berdiri jer.Dah pandai sebut abah,mama,abang...gigi dah keluar 2 batang,mcm gigi rabbit dan kuat mengigit.Sekarang dah masuk 9 bln.Si adik tak suka sekolah sebab dia suka berkepit dgn mama dia jer.Kalau hantar nursery je dia dah pandai menangis cuma tangis dia sekejap jer.Bila jemput dia balik mesti merajuk dulu.Muka kita pun dia tak nak pandang.Dah bawak dia jalan2 keliling taman baru dia ok.Adik nie senang sikit jaga dia sebab dia makan semua yang kita makan cuma yang pedas2 jer aku belum berani nak bagi.Anyway aku sebenarnya nak bercerita program utk anak di TV dah tersasul sikit objektif hari nie..

Program yang bagus untuk kanak2 dibawah 5 tahun adalah;
1. Geng Bas Sekolah- memupuk semangat setiakawan
2. Tom Tom Bak - informative dan memupuk self confident kanak2.
3. Art Attack -mengajar ilmu art
4. Iqra' - membaca dan mengenali islam
5. Riwayat Kamil - sessi bercerita berkaitan dengan keagungan Islam
6. Elmo's World - mengajar cara mudah utk mengenali A,B,C dan basic english
7. Sesame street - sama lebih kurang mcm Elmo
8. Barney & Friend - ajar nursery ryhmes

Ada banyak lagi rancangan yang menarik tetapi kita sebagai ibubapa harus menapis segala tontonan dan hiburan anak2..

Photos of Mama,abah and adik


Nie photo Mama,Abah dan adik yang diambil oleh Alif Adha.Actually alif nie pandai jugak yang ambk gambar tapi biasanya gambar yang diambil adalah kaki dia,kaki adik,selipar,kasut,tv.

Alif dan ubatnya..







Nie photo Alif masa tengah ambil ubat dia.

Wednesday, May 21, 2008

Neural Network

Attention to friends:

I need help to use Neural Network using MATLAB.Sesape yang ada experience using that please contact me....please...I am hang....

Lari dari interview

Actually this is the first time in my life lari dari di interview.Ha..ha...actually aku nak mintak part time job kat satu international private college kat sini.My hubby hantar.At the first time they call bagitahu interview start 10.30 am.Then a day before interview they ask me to come at 11.00 am.So on the day of interview(today) aku dengan semangat waja dan hati yang berbunga2 aku ready untuk diinterview.Aku sampai sana pukul 10.00 am.Penuh semangat...dah isi form then the receptionist kata interview start pukul 12 tgh.My hubby dah bising2 dah..then kitorang pergi makan kat student cafe.Aku rasa macam duduk kat oversea pulak because majority of the student are international students.Jumpa malay pun student nursing.Aduh....sedih hati aku.The environment itself macam masa aku kat US pulak.Aku terus tawar hati, dahlah diperkotak-katikkan sebelum interview....geram jer aku.Then hubby terus jer ajak balik.Aku terus jer cakap ngan receptionist aku tak nak interview.Takpelah...rezeki aku takde kat sana.Aku pun sebenarnya not ready nak ajar international students,biarlah aku berjasa mendidik anak2 melayu kita.Kalau dia offer higher pun aku rasa for the permanent staff aku tak nak,but for part time oklah.Aku sayang MIAT nie...aku cintakan MIAT!!!Barulah aku sedar betapa bestnya MIAT nie.He..he....MIAT lagi bestlah!!!!!!!A plus untuk MIAT.

Tuesday, May 20, 2008

Assignment kelas Innovation

Aku nak story pasal assignment kelas Innovation aku last semester.Actually this is second assignment given by my lecturer.I need to propose a product(innovation design) and aku dapat idea untuk my new product based on my own experience.Actually selepas aku berhentikan alif breast feeding,dia kena allergic.Mula2 mild jer tapi lately dah serious.Pernah sekali Alif bangun in the middle of the night around 3 o'clock.Aku mula tak sedar dia bangun,dia kejutkan aku dengan nada yang lemah,dia kata dia semput,nak ubat.Punyalah aku gelabah masa tu sebab nafas dia dah pendek2.Aku takut sangat masa tu.At that time his specialist bagi ubat liquid jer,dia kena minum then dlm 10 minit dia dah boleh bernafas seperti biasa.Dia tak pernah kena teruk macam tu sebab biasanya dia kena masa dia berjaga atau terlalu extreme melakukan aktiviti harian dia,nie yang paling teruk.Lepas tu,aku sampai ke siang tak boleh tidur.takut sangat dia kena attack lag.Then the next morning aku terus bawak pergi jumpa specialist.Then doctor bagi ubat baru.Dia kena ambik gas everyday pakai pump.Everyday he needs to take 2 puff of pulmicort and if asthma of difficulty to breath he needs to take nebulizer.Alhamdullillah,sejak pakai pulmicort asthma dia dah takde.Tapi he needs to continue this medicine for 3 months.Nasib baik alif faham,jadi takde masalah untuk dia ambil gas everyday.Kesian alif ....Aku selalu pesan dekat budak2 nursery dia kalau alif susah nak bernafas jer telefon aku atau Imran.Alif nie dia hyperactive,kadang2 dia tengah main pun dia boleh kena.From the view of a doctor,alif is allergic t dust,dirt, and dust mite.Jadi daripada pengalaman aku,aku buatlah propose product aku based on that experience.My product is dust mite detector.Aku jalankan banyak research on existing products but the best thing of my product is act like a scanner to detect presence of dust mite especially in the bedroom.It is portable,act like a mini scanner and easy to use.Hopefully aku dapat realisasikan product impian aku demi untuk anak aku dan suami aku yang tersayang.Then my lecturer given high marks for this course.Thank you dr.Rahim.

So, for those yang ada allergic reaction to dust,dirt or dust mite please take into seroius consideration.The symptoms are: mata gatal2,bersin,batuk,dan sukar untuk bernafas.Jadi anda kena kemaskan bilik,buang habuk2,basuh cadar dengan rendam didalam air panas untuk membunuh dust mite(hama) atau gunakan anti allergen yang sememangnya susah untuk diperolehi di Malaysia atau gunakan anti-dust mite pillow.Kalau ada symptom dikalangan anak2 yang berusia 7 tahun kebawah please jumpa doctor atau physician untuk keterangan lanjut.

Abah and new hobby




My beloved husband dah start involved dalam 4X4 activities.Lately selalu masuk keluar hutan dengan Pak Ngah.Selalu aku dihantar ke rumah my mother in law kat Segamat.Bukannya apa,aku takut tinggal 3 beranak kat Nilai nie.Banyak kes pecah rumah lately nearest this area.Risaulah..jadi lebih baik aku tinggal kat segamat.Biasanya trip abah yang paling lama 3 days 2 night jer.Dulu sebelum adik lahir pernah jugak ikut pergi taman negara tapi sejak adik lahir nie belum pergi lagi.Adik cuma pergi tengok 4x4 challenge kat shah alam jer.Seronok jugak pergi tapi yang paling seronok Alif.Dia memang suka tengok benda2 macam tu.Lagi besar tayar jeep tu lagi dia kagum.Tak berenti mulut dia bercerita.Berangan lah tu....biasanya dialog dia.." Masa alif besar alif bawak jeep macam tu,mama dengan adik duduk depan.Abah takde sebab abah bawak jeep abah."Lebih kurang macam tulah angan2 anak sulung aku.Anak aku minat adventure(macam abah dia) then minat main spanner,hammer,screw,nuts....entahlah besar nanti dia jadi apa.Hopefully biarlah jadi engineer tapi abah dia nak dia jadi pilot jet fighter.Aku tak kisah dia nak jadi apa yang penting 'safety first'..


Gambar nie gambar alif dan sepupu dia Ammar kat kampung.Actually nie jeep Pak Ngah dia.Jeep abah dia warna hitam.Tapi disebabkan tayar Jeep pak ngah lagi besar dia lagi suka naik jeep Pak Ngah.








Friday, May 16, 2008

Happy Teacher's Day

Happy Teacher's Day....

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar pendidik,tak kiralah pensyarah ke,cikgu ke,ustaz ke, ustazah ker, cikgu tadika ke...sape2 saje yang bergelar pendidik...semoga berjaya mendidik anak bangsa .

Ucapan ini juga ditujukan buat abang Mufti,Khairul,supervisors Dr.Faizal,Dr.Khairol Anuar,Dr.Rahim, Dr.Rizal dan semua sahabat2 di UniKL-MIAT,UPM,USM,UiTM,UTHM...dan semuanya....sepatutnya semua cikgu bercuti hari nie...barulah betul happy teacher's day!

The Best Teachers

Teachers open up young minds,
showing them the wonders of the intellect
and the miracle of being able to think for themselves.
A teacher exercises the mental muscles of students, stretching and strengthening,
so they can make challenging decisions, find their way in the world, and become independent. The best teachers care enough
To gently push and prod students to do their best and fulfill their potential.
You are one of those.

Good articles

Artikel nie diambil dari Kosmo!Online..
Seronok untuk dibaca kerana ini yang berlaku antara aku dan Imran sebelum bergelar kekasih...

Bila kawan jadi kekasih
Kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta. Adakah hubungan ini akan berjalan dengan lancar?
MENUKAR perhubungan kawan kepada kekasih memerlukan anda bersedia dengan segala kemungkinan pro dan kontra.

JIKA dahulu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya.
Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa kamu.

Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.

Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro
*Kamu harus menyukai seluruh peribadinya. Kamu juga perlu tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari.
*Kamu sanggup melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu.
*Kamu mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, kamu seharusnya mempunyai nilai-nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua belah pihak.
Kontra
*Memandangkan kamu berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, maka tiada lagi hal-hal yang boleh membuatkan kamu perlu bertanya atau mencipta keterujaan. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.
*Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat. Tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.
*Malah sikap seperti cemburu dan syak wasangka yang melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dahulunya hanya seorang teman biasa.
*Sebagai sahabat, hubungan kamu berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Kamu akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Dan siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan kamu?

Risiko bercinta dengan sahabat?

Daripada segi pro dan kontra yang telah disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa kamu ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.

Kamu merasakan telah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah.

Sementara aspek lain pula, terdapat risiko yang harus kamu hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan. Jangan meluahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Ingat, kamu tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap kamu sekiranya kamu takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila kamu berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan..

Look how happy they are...







Happy times of Alif and Aqilah



Kisah Weeda and Khairul

Kisah Weeda and Khairul bermula di campus IAS,Toulouse.Khairul nie fasih French language dan easy to be friend.Husband aku pertama kali berjumpa Khairul dia dah suka.Dia kata Khairul nie easy going and easy to talk to..so bila diorang offer untuk membeli kelengkapan harian aku setuju.Masa tulah aku jumpa Weeda and their little girl,Maryam Aqilah.Aku pun tak tahu kenapa kami begitu mudah rapat mungkin ada chemistry kata orang tua2...anak2 kami pun boleh become friend easily sedangkan Aqilah susah nak berkawan dengan orang at that time.Kami banyak habiskan masa bersama2..aku happy sangat berkenalan dengan mereka.Susah aku nak gambarkan perasaan aku dan aku betul2 berterima kasih atas segala pertolongan dan persahabatan mereka.Sekembali ke Malaysia aku rindukan mereka...terutamanya anak aku, Alif.Sampai sekarang nama kakak Aqilah meniti di bibir...aku tak tahu kenapa dia selalu terkenangkan anak dara weeda yang sorang tu...tak sabar aku menanti kepulangan mereka.......

Aku harap persahabatan kami tiada akhirnya....amin!

My routine

My daily routine, monday to friday

Monday to Friday : 5.00 pagi - Bangun buatkan Alif susu tapi lepas tu sambung tido balik.
6.30 pagi - Solat subuh, tunggu adik bangun
8.00 pagi - Siapkan breakfast dan siapkan anak2 untuk ke nursery masing2.
10.00 pagi - Biasanya dah sampai office siapkan kerja apa yang patut atau jumpa supervisor kat UPM,biasanya routine changes if any changes on the daily task
5.00 ptg - Bersiap untuk balik dan pick up anak2
6.00 ptg - Bawak anak2 berjalan sekitar taman as exercise.
7.00 mlm - Mandikan anak2,siapkan dinner
8.00 mlm - Tengok tv,layan anak2 sampailah mereka tido
12.00 mlm - Basuh pinggan,kemas rumah
1.00 pg - study mana yang patut
3.00 pg - Baru tido......


Last semester aku ada class on saturday and sunday so saturday and sunday aku hantar jugak anak ke nursery untuk attend class, but now kelas dah habis so diorang duduk di rumah sahaja.Bolehlah spent time dengan anak2...itupun kalau tak balik kampung....

So....for those mother yang nak further study kenalah ambik risiko macam aku.Kenalah korbankan sedikit masa anda demi menyambung cita2 anda!Bukan senang nak jadi student and mom dlm satu masa.Bukan tak boleh nak ambik maid tapi rumah aku nie kecil,mana aku nak sumbat maid aku.Bilik belakang tu dah dijadikan stor untuk barang2 husband aku dan anak2 aku.So fikir-fikirkan lah...........

Permintaan Weeda

Atas permintaan Weeda, 7 facts about myself..susah nak cerita pasal diri sendiri nie.

First : Aku bersyukur bersuamikan Imran Mohd Salleh,lelaki yang begitu memahami dan menyayangi aku sepenuh hati..bagi aku dialah suami dan juga sahabat karib aku yang boleh bercerita apa sahaja dari perihal isu politik,isu semasa sampailah ke kereta...ini mungkin kerana kami mempunyai latar belakang pendidikan yang sama..

Second: Aku dikurniakan hero-hero yang cukup handsome,kacak,comel,baik..Alif Adha dan Arif Irfan.Mereka yang membuatkan kehidupan aku bertambah meriah dan sibuk...

Third: Aku bertuah mempunyai family in law yang penyayang dan memahami...

Fourth : Aku nie suka membaca.Aku boleh membaca apa2 saja reading material yang ada walaupun tiada kaitan langsung dengan hidup aku.Aku harap anak2 mewarisi sikap suka membaca aku ini.Aku suka sangat menyimpan bahan bacaan sampaikan tiada ruang untuk aku menyimpannya dirumah so aku kena hantar semuanya pergi office aku kat MIAT.

Fifth : Aku nie tak ramai kawan perempuan.Kawan perempuan aku boleh dikira dengan jari,entahlah mungkin background aku yang mempunyai kawan sejantina yang limited tambahan pula kebanyakan kawan suami aku semuanya kawan aku,jadi aku cuma berkawan dengan isteri2 mereka atau girlfriend2 mereka..aku rasa kawan perempuan aku yang kekal atau selalu aku hubungi adalah weeda,kak Aidah,Gee (wife CD),Shikin(wife Superman)and Midah(classmate).Other than that,aku jarang berhubung.Bukan tak nak contact atau call tapi aku selalunya tanya khabar mereka melalui si suami yang satu office dengan aku.Teruk ke aku nie???

Sixth : Aku tak suka shopping sebab aku terpaksa melayan karenah tiga hero semasa bershopping.Aku kalau boleh semuanya nak beli online..jimat masa.Aku dah biasa tengok barang
yang murah di tempat lain jadi aku tak suka shopping kat Malaysia.Aku suka compare harga barang dengan tempat lain...bila aku rasa mahal jer aku tak beli kat situ walaupun aku amat memerlukannya.Aku tak suka shopping tapi aku suka berjalan....suka habiskan masa pergi ketempat2 yang cantik..aku suka bercuti bersama keluarga kecil aku...

Seventh : Aku tak pandai memasak...aku cuba tapi selalunya fail.Aku banyak beli buku2 resepi tapi hasilnya tetap tak sama.Aku kena attend kelas masakan agaknya....nasib baiklah anak2 aku semuanya tak sensitif tentang makanan...


That's all about myself...

Alif dan Arif




Adik dan abang..




Abang yang menyayangi adik

2nd child




On 8 august 2007 aku selamat melahirkan anak lelaki kedua secara normal...so aku ada pengalaman untuk 2 kelahiran yang berbeza.Kali nie hero kedua dinamakan Arif Irfan(Yang bijak pandai) dan dilahirkan 10.34 mlm at columbia hospital asia,seremban seberat 3.45 kg.Mula2 aku sakit kat rumah but then my hubby takde kat rumah,ada tutor class kat UPM so aku call my sister in law minta pendapat samada nak gi hospital atau tak..aku tinggal berdua jer ngan Alif kat rumah.Alif menangis bila aku kata aku sakit.Sayangnya alif kat Mama.Then bila contraction makin kuat my bestfriend datang nak hantarkan ke hospital tapi aku berkeras nak tunggu hubby aku balik gak.Then Alif kenalah stay kat nursery malam tu...kesian alif.Lepas bersalin jer my mother in law tiba dari segamat so my hubby balik pick up Alif dlm pukul 12mlm.Kesian Alif.Nie malam pertama aku tido tanpa Alif...sedihnya tapi takpe,mama ada baby baru untuk alif.Esok alif bangun awal boleh jumpa adik.....




Melalui pengalaman 2 kelahiran aku rasa sakit yang berbeza.Kalau caesarean,sakit masa bersalin langsung takde tapi lepas 4 jam sakitnya mula terasa.Selagi tak boleh nak berdiri dan kencing sendiri selagi tulah tak boleh discharge from hospital.Kalau normal sakit masa contraction dan masa delivery sahaja.Then badan pun sakit2 biasa bila dah diurut semuanya hilang...so the conclusion for the new mother to be, if no complication during pregnancy please do give birth as normal,kenikmatan seorang ibu yang tak terhingga dan sakit yang sedikit...




Student and mom

Sekarang nie aku full time study leave, continue my master in science of aerospace engineering at UPM serdang start january 2007.Susah woo jadi student and mom at the same time...a lot to sacrifice.Aku kena arrange time to study,attend class,meeting with supervisor,time to do assignment and some other related matter yang kena attend such conference or workshop.Time paling haru adalah time exam.Time final exam macam2 dugaan yang datang,betul2 menguji kesabaran dan keimanan.

On February aku disahkan pregnant kali kedua dan date of delivery on August.So aku discuss dengan supervisor aku yang betul2 ngam(the best supervisor in the world) then the second semester aku takde class, aku punya credit hour to meet supervisor is 6 credit hour so then aku tak perlu add other class because the minimum credit hour persemester is 6,so aku boleh cuti sikit....

Kali nie mabuk aku takde langsung,may be baby tahu aku nie belajar....takde masalah dengan second baby.Alhamdullillah....

Alif lagi...


Photos of last day Alif and Aqilah eating chocolate....

Tuesday, May 13, 2008

France Memories






At Alif's age of 1 years 7 months my husband got offer to study at Toulouse France and here the journey is more challenging and I took unpaid leave,jadi surirumah sepenuh masa.Bestnya...alhamdulillah sepanjang perjalanan Alif sihat,masa kat Amsterdam airport Alif tido kat lantai airport beralaskan kain selimut dan bantal kecil yang dibawa,kesian Alif sementara menunggu flight to Toulouse.Adalah dalam 2 jam kami transit.Sampai Toulouse auntie Ruhid dah menunggu,alhamdulillah,kami selamat sampai ke IAS dengan selamat.






Abah and Alif




This photo taken during family day at PD.Abah and Alif on dinner.Masa nie Alif baru 3 months.

Our best friend wedding


Selamat pengantin baru untuk Superman dan Syikin...our best friend wedding in purple...
Hopefully our friendship ends forever...sama cantik..sama padan

Alif lagi






Nie gambar Alif masa mandi kat rumah mak long,Shah Alam.Alif nie kuat nangis jadi banyaklah ragam dia.....












Nie pulak kawan dari LA datang rumah..Uncle Naji and Uncle Yot..





Alif falling asleep..


Abah Dan Mama


Photo is taken in 2004..


Alif Adha


Mama dan Abah sayang Alif Adha...

Alif semasa dirumah Auntie Gurl

First Child

Alhamdullilah...aku dikurniakan zuriat yang cepat.Ornag tua-tua kata bunting pelamin dan kai bersyukur diatas anugerahNYA.Mula2 mengandung aku mabuk teruk sehinggakan aku tak larat nak makan sebab lepas makan aku akan muntah balik.Tapi alhamdullah masuk bulan ke empat semuanya ok.Sepanjang mengandung aku tak mengidam apa2 tapi Imran pulak yang mengidam nak makan nasi minyak terengganu.Due to some complication aku kena set a date untuk early delivery.Air ketuban aku kering,maybe leaking without my concern and my blood pressure is higher than usual.So we choose 15 January because the day is Saturday dan aku still ada kelas on Friday,Human Factor.Aku tak ambil early leave so on saturday morning aku ke Columbia hospital seremban.Doktor yang ambil case aku nama dia Dr.Intan and she is one of the famous doctor and always keluar dalam majalah Pa&Ma.Aku di induce tapi takde tanda2 untuk bersalin langsung.My mother in law dah risau...sampailah malam takde apa2 berlaku.Doktor nasihatkan aku untuk Caesarean because my blood pressure is getting higher and higher.So,lepas maghrib aku masuk labour room and a few minutes later I am a mother.We named him Alif Adha.Alif Adha born at 8.46 pm dan masa Alif lahir kulit dia teruk sangat,kering,macam kulit ular,bersisik2.Berat Alif 2.6 kg and small size tapi alhamdulillah dia sihat.......

Aku dibenarkan keluar ward two days later dan sakitnya bukan kepalang tapi aku kena gagahkan diri...aku amalkan minum pati ikan haruan sampai berbotol2.Nak cepat baik punya pasal.Kulit Alif pulak aku sapukan minyak baby yang warna purple,sapu jer kulit dia tanggal.Mula2 takut jugak tapi nampaknya kesan dia menakjubkan.Alif lahir jer tiga hari lepas tu hari raya haji tu pasal nama dia Alif Adha...

Kelahiran Alif Adha membawa kebahagiaan dalam hidup kami sekeluarga dan semoga Alif menjadi anak yang baik dan soleh.Amin..

I am getting married

I am getting married(nikah)on 1st May 2004(Labour Day) and the wedding ceremony on the next day at my place.The best thing masa tu ingatkan my parent tak nak bersanding so we didn't prepare persalinan untuk hari tu so lepas jer nikah kami rush cari baju untuk bersanding.Nasib baik auntie aku ada contact..kelakar betul time tu.Masa bersanding pulak some of my student datang so adalah yang kena jadi pengapit .....ha..ha...tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan majlis bertandang seminggu selepas itu... The best thing Midah (my very best friend) datang...

Aku bersyukur kerana semuanya selamat dan yang paling best ramai kawan2 sekolah lama aku datang walaupun last aku jumpa some of them selepas SPM 1996..maknanya ada antara mereka yang aku tak jumpa 8tahun lamanya....

Impian aku untuk mendirikan rumahtangga bersama Imran tercapai setelah setahun bercinta.....semoga kami bahagia ke anak cucu...amin..

Getting engage

I am getting engage with Imran on March 2004 and from there I am getting to know his family.
His family is not a big family..he has 1 brother and 1 sister.All of them were married and the best thing is he has a lot of nephew and niece.Aku nie suka budak2 so aku cepat mesra dengan mesra.Start jer engage mereka panggil aku mak su..sukalah..

Start Kerja

Aku start melaporkan diri ke tempat kerja baru aku pada 3 Februari 2004 maka bermulalah kehidupan aku sebagai tenaga pengajar yang memang tak pernah masuk dalam senarai cita2 aku dari kecil tapi dorongan dari kak aidah dan abang mufti membuatkan aku bersemangat untuk mendidik anak bangsa.......

Bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik...susah.....tapi aku akan buat yang terbaik untuk anak bangsaku...cewah!!!

Good bye Los Angeles

Good bye LA.....I left LA on 4th Jan 2004 and i am the last student back to Malaysia ...together with me is Imran,CD and Faiz.I cried all the way until reached KLIA ....I am decided to get back to Malaysia to get married with Imran and this is the most difficult decision to make in my life because i got offered from many company and stay at LA...I saw everyone is crying...this is the sad memories for all my life.

Aku terlalu menyayangi Kak Aidah and abang Mufti...aku tak sanggup melangkahkan kaki ke Malaysia kerana kehidupan disana lebih bermakna dan semangat kekeluargaan mereka yang begitu tebal dan kukuh...aku terlalu merindui mereka sehingga sekarang kerana kasih sayang mereka yang begitu mendalam terhadap aku dan imran.Aku betul2 sedih dan aku berharap hubungan kami akan kekal selamanya....amin.

Aku tak boleh nak bercerita tentang ini kerana tiap kali aku terfikir tentang mereka airmata aku mesti mengalir....sedih sangat.

Trip to San Francisco,Oregon,Washington



The last trip is the longest trip to San Francisco,Oregon,Washington with Yot,Superman,Kurt,Me and Imran.This trip took us a week and a lot of fun.




We choose to take 405 north and continue 5 north.Along the way we made several stop to camping,break,sleep and other activities.The first camping site is San Jose.The must activities is fishing rainbow trout.Everywhere we go we look for river or fishing spot.Everyone is enjoying fishing....if the time can be turning back....oh... I miss all....




Then we stop at Eugene,Carmel before reach SF.The golden gate bridge...here we come.


The next camping site is nearby Mount St.helen national volcanic monument.We caught a lot of fish there and the next day we went to the volcanic monument.
My wish is to come again and live there for a long time after my retirement.Hopefully...the place is nice and also the people.

Mammoth Lake


Mammoth lake is another trip with abang mufti,kak aidah,yaz,meor,lepat,superman,me and imran on the end of summer 2002.We went there by minivan.We were camping for two night at St.Owen's Camping Ground.Eventhough it is end of summer it is still -4 degrees celcius on the night.Our water bottle is freezing and our food is cold and icy.


Mammoth Lakes is home to more than 100 lakes and streams, and known for it's world-class trout fishing. Miles of groomed trails through the John Muir and Ansel Adams wilderness areas provides hours of magnificent sightseeing opportunities. Rock climbers rave about it's exhilarating peaks. Hiking or kayaking, horseback riding or biking, every trail provides a different mountain experience. The getaway you will never forget!


Lake Tahoe Trip


Lake tahoe trip with Kak Aidah,Abang Mufti,Meor,Yaz,Celeste and children,Lepat and CD.


This is the best vacation together and we get closer each other and spending most of the time together.

A little bit about Lake Tahoe..Lake Tahoe is a large freshwater lake in the Sierra Nevada mountains of the United States. It is located along the border between California and Nevada, west of Carson City, Nevada. The lake is known for the clarity of its water and the panorama of surrounding mountains on all sides. The area surrounding the lake is also referred to as Lake Tahoe, or simply Tahoe. It is home to a number of ski resorts, summer outdoor recreation, and tourist attractions.
We went there during winter so everywhere is white as snow...I like it very much...

Part 7 - Las Vegas here we come..

Another trip made is Las Vegas and the driving took us 5 hours with stop at Barstow factory outlet for shopping and break.Las Vegas is a free city and also tax free..free to gambling and also known as sin city by most of people.For me Las Vegas is a light city..everywhere is the light and the scenenery is the best during night time.Every casino has their own theme and has their own attraction.Some of my friend do gambling just for fun and it is a place must visit..

The factory outlet also nice to go and the price is very cheap compare to other places.The journey from LA to Las Vegas,Nevada is the most memorable for me....I'll be there again.Las Vegas...wait for me.

Monday, May 12, 2008

let's take a break

Let's take a break because I have many job to do....

Friday, May 9, 2008

Part 6 - Trip to San Diego waterworld

Kali nie cerita pasal our trip to San Diego waterworld bersama abang Dollah and Abang CD and stayed at Meor's house.Kami rent a car at Ariana Rental car, dapatlah Ford Taurus.Best jugak..bawak bekal to save budget.Studentlah katakan.

The next day pergi waterworld.Best sangat sebab dapat tengok Shamu and so on.Balik baju basah sebab tersimbah air masuk one of the theme park.

Part 5 - Hari Raya

Puasa tahun nie di tempat orang. Aku dah biasa berpuasa tanpa ibubapa disisi...tapi kali nie different because I am very far from them.Called them twice a week untuk .Kak Aidah and Abang Mufti selalu ajak berbuka kat rumah diorang dan biasanya pelawaan dia tak pernah kami hampakan.Dapatlah makan style kampung,orang kampunglah katakan.Imran seronoklah sebab dapat makan ikan lais..orang segamat tahulah ikan nie.

Raya tahun ni masak mcm2.Dodol,nasi himpit,rendang,nasi dagang and macam2 lagi.Tapi yg tak syokknya tengah raya kena pergi kelas jugak .....so balik jer kelas semua serbu rumah kak aidah.Apalagi...makanlah.....

Petang raya tu aku ngan Imran pergi jalan Santa Monica tapi tersesat....malam baru sampai rumah.punyalah haru.Aduhai...itulah kenangan yang tak boleh dilupakan...SELAMAT HARI RAYA untuk semua.

Thursday, May 8, 2008

Part 4-love at Redondo Beach



After a year, and after 3 months couple,we decided to buy a second hand car.So we bought a white Toyota Camry with on USD 800.So we don't have to take a bus or bike anymore.Bila dah ada kereta langkah kami makin panjang dan kami berpindah ke apartment yang lagi cheap.Kami pindah ke Inglewood and shared with Yot,Kurt,Meor,me and Imran.Kami seronok disana.Kami kesekolah bersama2 dan hapy together.Aku dah belajar memasak,sebelum nie aku tak pernah memasak,adik beradik aku semua perempuan,aku tak pernah minat nak memasak sebab dulu aku tinggal dengan kakak kedua aku yang memang suka memasak..jadi imranlah yang mengajar aku memasak.Pertama sekali dia ajar aku masak kari ayam,lepas tu hari2 makan kari ayam.Kawan aku dari Pakistan ajar masak spagetti and other so start from there aku suka memasak walaupun tak pandai sangat...tapi bolehlah makan.

Bila dah berkereta kami gemar memancing dan our destination is Redondo Beach.Redondo beach is not very far from our place and we always caught plenty of mackerel fish and sometimes tak habis nak makan so kasilah kat others Malaysian yang living nearby.

Bila boring atau habis exam kami pergi Palos Verdes untuk menikmati keindahan alam dan lepak rumah Gina.

Cerita Kak Aidah dan Abang Mufti

Cerita kak Aidah dan abang Mufti bermula bila kami terjumpa mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah.Terjumpa mereka di pump station.Teruslah diajaknya kami 20 orang nie datang makan2 rumah dia.Cerita punya cerita rupanya Kak Aidah orang terengganu dan abang mufti orang segamat.Masa tu Imran tak datang,dia kerja.So aku bawak Imran jumpa abang mufti,diorang bercerita rupanya ada bau-bau bacang.Jadi teruslah kami bertandang kat rumah dioarang.Kadang seminggu 2-3 kali sampai kucing diorang yang nama Yoda pun dah naik muak tengok muka kitorang.Dioranglah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kami dan selalu memerhatikan kami.Bak kata ornag dialah ibu ayah kami sepanjang kami disana.Jadi untuk membalas jasa mereka kami selalu menolong mereka berkebun,siapkan garage,pasang sprinkler, repair kereta,jaga Yoda bila diorang outstation.Bila orang ikhlas kami buat kerja dengan ikhlas sebab kami sayangkan mereka termasuklah kucing dan jiran2 mereka.

Nanti aku postkan gambar raya kami, aku kena scan dulu sebab soft copy dah hilang,tinggal hard copy jer.

Banyak sangat kenangan bersama mereka yang tak boleh dilupakan...percutian ke Lake Tahoe, camping at st.owen camping ground dan macam2 lagi.Rasanya kalau ada time machine aku ingin kembali ke zaman tersebut malangnya time machine tu tak wujud....

Selain daripada tu kawan2 rapat kami ; Yaz,meor,celeste and anak2 dan ramai lagi.We are like a big family and we loved them so much.

Nanti aku post lagi kisah cinta aku...nak stop sekejap.

Sweet Memories of LA - Part 2

Part 2

After a week, aku dapat tempat tinggal at Machester.Two room apartment dan aku tinggal dengan 4 orang lagi, 2 men and 3 girls.Aku suka apartment aku nie sebab ada easy access to class,gym,swimming pool but the rental price is higher..up to USD 1500 a month per apartment.Imran stayed at other apartment.Aku bawah,dia kat atas.

Aku punya kelas kebanyakannya start petang so aku jalan kaki ke kelas everyday and balik dalam pukul 10mlm.Tak lama lepas tu aku dengar Imran beli bicycle..the first bicycle.Dia cycled pergi kelas we all semua jalan kaki.Tu yang buat aku kenal dia.Sebelum nie dalam kelas aku tak pernah perasan dia...handsome jugak ye.Tak lama lepas tu aku pun beli basikal.Basikal aku warna pink,ada gambar powerpuff girl lagi.Bestnya dapat naik basikal padahal sebelum nie pernah jugak naik basikal tapi masa sekolah rendah la....

Kisah cinta kami belum bermula lagi.....jeng..jeng...jeng.....

Nak dijadikan cerita aku break off dengan boy friend aku yang aku tinggalkan kat Malaysia.Aku tinggalkan dia banyak sebab dan tak boleh nak diceritakan disini..dalam masa yang sama Imranpun break off ngan girl dia...secara kebetulan.Aku masa tu memang sibuk...study..study and study.Aktiviti harian aku, pagi aku gi jogging atau pergi gym then petang gi kelas.Malam siapkan assignment atau homework.Macam tu lah...

Imran nie dia first student yang buat part time job, kerja kat car wash owned by mexican.Dialah yang paling loaded masa tu.Sebab tu dia dapat pakai basikal.His routine start at seven in the mowrning, and then petang attend kelas.Aku nie memang suka belajar and sometimes aku jadi tutor tak bergaji untuk kawan2 aku dan Imran salah satu anak murid aku...he..he.. aku paling suka subjek calculus and lecturer dia nama Dr.Babaie(Iranian).So Imran pun selalu gak datang study ngan aku.

Imran nie suka usik aku,menyakat aku dan ada one day kami main roller blade sama2.Ntah macam mana selepas 8 bulan di bumi Amerika aku mula meminati Imran.So cerita pun bermulalah....

Mula2 ramai yang tak nak kami rapat tapi atas nasihat kawan2 rapat,Abang Dollah,Lalos,CD kami mula menyelami hati masing2 and seem that we have chemistry.Kami banyak habiskan masa bersama-sama, main basketball and footbal kat Hermosa Beach,fishing mackerel at Redondo beach and so on.........perjalanan cinta kami bermula

Our first date pergi San Diego,kami rent a car ajak Bagan and Superman sekali jadi taklah pergi berdua je.Saja jalan2 then tumpang tido kat rumah Meor...tulah our first date.

Sweet Memories of Los Angeles - Part 1

Actually this is a true love story between me and my beloved husband...the beginning of our love story...

I left Malaysia on December 31st, 2001 and as a song "Leaving on A Jet Plane says that ....All my bags are packed, I'm ready to go....cause I'm leaving on a jet plane I don't know when I'll be back again.......Cause I'm leaving on a jet plane " that means I left behind all my past and look for the better future.My target is to become someone that can make my family proud of.

At that time,I celebrate 2002 New Year twice, on plane and at LA for the first day of 2002.First day of 2002 means a lot to me because I am an alien in USA..with legal.Meet new friends and old friends from Northrop.Government sent 20 of us that's means I have 19 friends including my old classmate.I am excited and happy to have a new life....so the story begins....

For the first week, I stayed at hotel dan makan apa saja bekalan yang kami bawa semasa di hotel.On January 4th,2001 a handsome and tough guy datang,alone dan namanya Imran.I met him at hotel lobby and greet him.Actually, we are from the same institute but he is my senior so never talked each other before.Pernah berjumpa tapi tak pernah bercerita.On the next day, aku bawaklah dia pergi makan kat one of the halal restaurant kat LA,nearby LAX airport.Jalan kaki,punyalah jauh.Aku kan sampai dulu jadi aku know the road better than him...but at that time nothing special feeling because everyone has a steady friend at Malaysia.