Tuesday, July 29, 2008

My busy weekend

Last weekend aku busy sebab ramai yang datang rumah aku.Sabtu tu dari pagi aku memasak,masak soto ayam,puding buah untuk menyambut lalos dan ana yang baru berpindah kat tingkat bawah rumah aku.Pukul 10pg dah siap masak dah..then terus pergi Bagan Lalang tolong diorang pack barang yang nak diangkut naik lori.Aku kesian sebab ana tengah sarat mengandung,tak boleh nak angkat yang berat2.Then terus bawak alif dan arif pergi pantai main pasir.Dlm pukul 2 lebih balik rumah,siapkan anak2 dan tunggu lori datang.Selepas aktiviti punggah memunggah siap aku jemput semua naik atas termasuk driver lori dan mover yang diupah.Kali ni keluarga Ana yang datang,mak,ayah dan adik2 ana termasuklah anak2 sedara ana.Semua berkumpul kat rumah aku.Seronoknya..macam keluarga sendiri pulak.Malam tu along syafiq datang basuh baju dan bermalam kat rumah aku.Dlm pukul 10mlm,along udin a.k.a pengantin baru tiba dari pagoh bersama isterinya,Ayu.Masa tu anak2 aku semua dah tido,jadi aku leka berborak dengan tetamu2 aku.

Hari ahad lepas breakfast along udin keluar ngan hubby aku hantar kereta untuk dicat baru kat tempat superman,kat banting.Aku duduk rumah jer ngan anak2 dan Ayu.Lunch aku masak sup ekor,ayamsambal,sayur goreng dan goreng ikan masin.lepas lunch terus siap2 sebab bas along udin pukul 5 ptg,naik dari puduraya.Punyalah kecoh nak pergi KL,jalan semua jam....hubby aku dah nak demam,lastly sampai Puduraya dlm pukul 4.30 ptg...seksanya jalan kat KL time weekend.Anak2 aku terutamnya adik dah mengamuk sebab aku lupa nak bawakkan bekal makanan dia...then balik jer singgah kat rest area.Kasi anak2 makan,rehat2 sebelum continue jalan balik ke rumah.Masa kat rest area,ada orang meninggal kat tempat parking,maybe heart attack.Masa aku sampai polis tengah sibuk2 pasang pita kuning...baru dapat tahu agaknya.Tak tahulah siapa yang meninggal,aku sedekahkan al-fatihah jer sebab nampak muka arwah orang melayu.Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Al-fatihah....

Balik rumah,sampai kat parking kereta jer abang CD ngan Gee dah tunggu nak pinjam tangga.Ada lagi tetamu rumah aku.Dinner kali nie aku tak masak lagi sebab lauk lunch aku masak banyak tapi Cd ngan Gee tak dinner rumah aku.Terus teringatkan jiran baru aku,Lalos.Rupanya masa aku tengah call dia tengah nak order makanan kat kedai makan sebab keluarga dia pulak datang dari KL.Aku suruh jer dia ambik nasi dan lauk kat rumah aku yang masih banyak......so diorang tak payah nak membeli lauk lagi.Alhamdullillah habis jugak lauk rumah aku.Aku tahu kalau pindah rumah nie penat...seminggu penat tak habis tambahan pulak ana tengah sarat...manalah larat.

So...itulah weekend aku kali ni....rumah aku yang baru nie lebih meriah sebab boleh dikatakan ada jer kawan2 atau sedara mara yang datang...anak akulah yang paling happy sebab dia akan dapat kawan2 baru..hopefully semuanya tak segan nak datang rumah aku dan yang penting walaupun rumah aku nie tinggi,takde lif ada jugak yang nak datang....yelah rumah aku ada 4tingkat,aku tingkat paling atas...mula2 nak beli dulu terfikir jugak,ada ker orang nak datang rumah aku...tapi tengoklah sekarang..rumah tinggi nie lagi meriah dari rumah lama dulu..aku happy sangat!

No comments: