Monday, July 7, 2008

Busy..

This weekend aku busy sangat.My hubby punya cousin kahwin.Hari sabtu upacara nikah dan ahad upacara bersanding kat Felda Sendayan.Rumah aku yang baru berusia seminggu menjadi rumah tumpangan untuk sedara mara dari Johor.Yelah rumah aku yang paling dekat dengan rumah pengantin perempuan.Malam tu masing2 tido berselerak sebab rumah aku bukannya besar pun,nasib baik muat untuk semua.He..he...malam tu sebelum diorang tiba aku dah prepare cuma tilam jer yang tak cukup.Then my hubby decided beli tilam lagi,nasib baik umah aku dekat dgn PasarBorong Nilai 3,so kitorang memboronglah 2 tilam sekali.Ala..tilam kekabu tu..murah jer.Yang nipis tu dapat dlm rm 45 dan yang tebal sikit tu rm100.Kalau kat tempat lain mahal jugak,aku pernah tanya kat tempat lain tapi harga tilam2 tu 3 kali ganda lagiiiii mahal.Best jugak berkumpul ramai2 macam nie,bukan selalu dapat berkumpul macam nie.Time ada family event bolehlah gathering macam nie.Tupun agaknya nak berkumpul macam nie tunggu ada wedding atau kematian melibatkan ahli keluarga.So as usual pagi2 lagi aktiviti utama tetamu aku mandi kolam.Anak aku seronok sangat sebab ada kawan.Hari nie bangun pagi pun masa tengah mandi dia tak habis2 nak pergi tengok pengantin lagi.Bukan nak tengok pengantin pun tapi dia ingat kalau pergi tengok pengantin ada orang datang rumah dia.Tu jer...Next week pergi Palong 9 untuk attend wedding rumah pengantin lelaki pulak.Aku kena bawak my family in law pulak kesana.Letihnya......so untuk weeda... be prepare before balik ke malaysia.We have family to entertain...anyway 'Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri'...

No comments: