Wednesday, July 9, 2008

TM

Dah 3 hari aku off.Tunggu TM installer datang.First day datang dia check line telefon.Dia kata line telefon rumah aku terputus dia suruh consult dgn developer.Second day dia janji nak datang aku pun cuti lagi.Anak2 tak pergi sekolah hari ni.Tunggu punya tunggu sampailah pukul 2 ptg tak datang jugak.Aku dah tension.Aku call dia kata esok datang.Waaaghhh...kenapalah tak call dulu.Susah betul nak deal ngan orang mungkir janji nie.Bencinya!At last tadi dia datang.Tarik wire dari tingkat bawah,usik sana sini line rumah dah ok.So dah ada telefon dah rumah aku.Call streamyx pulak dia kata kena tunggu 48 hours activate baru boleh pasang streamyx pulak.Lecehnya...maknanya Jumaat baru dia datang install streamyx kat umah aku.kena tunggu lagi....

Anak aku yang sulung baru berselera makan selepas demam tonsil baru2 nie.Kejap2 nak makan.Nak makan nasi..jadi tiap kali masak nasi aku kena lebihkan sebab dia makan dah sama banyak dengan yang aku makan.Si adik pulak dah bercakap jer dengan bahasa dia sendiri,bising mulut dia sekarang.Dah pandai ajak orang main dengan dia,belajar duduk dan berdiri sendiri,gigi atas pun dah tumbuh 3 batang,so gigi adik sekarang nie 2 bawah 3 atas.Dia kurang menggigit cuma dia pantang jumpa benda2 kat lantai semua pungut masuk dalam mulut.Dia tak macam abang masa kecik,abang dulu suka menggigit tapi tak suka memungut.Macam2 perangai bujang aku yang dua orang nie.Tapi dah senang sikit nak control sebab abang dia pandai jaga adik kalau aku nak masak ker,mengemas ker.Aku suka sangat dia main berdua,bising rumah aku kalau dia berdua tengah main.Adik kuat tergelak,abang dia joget2 pun dia tergelak.Sayang anak2 mama.....muah..

Mu hubby dah plan nak beli 4wheel drive balik.Pajero dulu dah jual sebab nak tukar kereta,nie dah nak cari balik.Dia rimas duduk rumah jer.Kalau ada 4wd boleh jugak masuk hutan,katanyalah.Entahlah...janji abah bahagia dan gembira.Mama suka sebab compartment lagi besar compare ngan kereta.Mama sokong abah.Cari yang elok2 abah ye.Sebenarnya bukan beli baru pun,second hand jer,kalau beli baru nanti nak masuk hutan sayang pulak takut tercalar ker...kata abah lagi.Oklah stop kat sini dulu.Sambung kerja sikit.

No comments: