Tuesday, September 2, 2008

Long weekend

Last week adalah long weekend dan semua berpusu2 balik kampung.Merdeka jatuh pada 31 Ogos 2008,hari ahad maknanya hari isnin cuti dan kebanyakan negeri ada yang bercuti hari selasa sempena hari pertama ramadhan...so on the way balik ke Segamat that friday night kenderaan dijalan raya bertambah dan jalan menjadi sesak.Itupun kami bertolak dari sini pukul 12 tengah malam.Nak elakkan jam.Alhamdulillah perjalanan lancar sebab anak2 tido.Sampai rumah in law pukul 3 pagi tu pun tak direct,ada jugaklah stop2.Sampai jer segamat anak2 bangun,terus tak tido sampai kepagi....hari sabtu pergi batu pahat,saje berjalan,bawak orang tua makan2,pergi rumah kak atie...actually nak pergi tengok ladang sawit abang wai,abang ipar aku...jelesnya tengok orang dah ada tanah.Bestnya,kalaulah aku banyak duit aku beli ladang sawit banyak2.Satu ekar bersih boleh dapat rm700.Bayangkan kalau aku ada 10 ekar...sebulan untung sawit dah berapa...bestnya...beranganlah aku.Tapi tak rugi beli tanah nie..tengok jer tanah kat kampung aku tu.Dulu sebelum UMT dan UDM bertukar jadi universiti,1 ekar tanah kosong boleh dapat dalam 10k tapi tengoklah sekarang, 1 ekar boleh jadi 1 million.Menyesal aku tak beli tanah banyak2 dulu.Sekarang dalam keluarga aku cuma pak cik aku jer yang dah prepare awal2,dia beli tanah masa harga jatuh dulu tapi tengoklah sekarang harga tanah dah naik....kaya pak cik aku.Pak cik aku yang kaya,bukan aku....jelesnya...Senang anak2 dia nanti.Tulah dalam keluarga aku pak cik aku sorang jer yang terbuka mindanya,diorang husband and wife cikgu...so aku paling rapat dengan mereka berbanding adik beradik aku yang lain.Antara sebab yang buat kami rapat mungkin sebab diorang pun cikgu,mereka pernah hidup macam aku masa anak2 kecil dulu,mereka tak suka mengumpat,mereka suka menghabiskan duit semata2 untuk pendidikan anak2....dan yang best anak2 mereka sayang aku dan keluarga aku.Aku kagum jugak dengan pak cik aku nie sebab dari dulu sampai sekarang TV rumah dia masih lagi size 14 inci dan aku rasa TV tu 2 tahun lebih tua dari usia anak sulung dia,Ain yg sekarang di tingkatan 2 sek.sains dungun.Dia cermat menjaga barang2 dan tak mudah lupa diri...dia sanggup menghabiskan duit untuk pelajaran anak2 dan tak pernah mengaburi mata anak2 dengan harta benda dunia.Kalaulah aku pun macam tu.......tapi malangnya aku sedikitpun tak seperti mereka...cuma sekarang nie baru tersedar tapi kadang2 lupa diri jugak time ada duit lebih....manusia memang mudah lupa...dan nafsu kadang2 menjadi raja....tengok betapa melalutnya aku...dah cerita pasal tanah pulak...

No comments: